2011-09-07

SMILE ALWAYS !!

my niece, AISYAH MARDHIYYAH ..

2011-09-05

GUANO KURUH TERR..

using G-PEN F509 with adobe photoshop CS4..

MUSLIMAH

dah lama aku x bermanja-manja dengan G-PEN F509 aku .. semalam datang mood nak melukis.. nilah hasilnya setelah 2 jam sketching + coloring dengan menggunakan adobe photoshop CS4..( imej adalah imaginasi pelukis, tidak ada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang mati..hehe)..

2011-06-07

PHOTOSHOP TUTORIAL : CARA MENGGABUNGKAN 2 GAMBAR


GAMBAR 1

ini adalah tutorial menggunakan adobe photoshop untuk menggabungkan 2 gambar.
saya menggunakan ADOBE PHOTOSHOP CS4 PORTABLE. guna mana-mana version pun boleh, sama saja caranya.

1) buka gambar yang ingin di edit samada dengan ;
    1) drag je gambar tersebut masuk ke dalam window potoshop.  
    2) right click di gambar tersebut & open with photoshop.
    3) kat menu (bucu atas kanan) , klik file > open. pastu cari la location tempat gambar yang nak di edit.


GAMBAR 2

 2) buka gambar ke2 ( yg ingin dijadikan background ). sekarang kedua-dua gambar tersedia dalam window photoshop anda. ( refer gambar 2 )


GAMBAR 3

3) firstly, pastikan tool bar ada di sebelah tepi window photoshop. kalau tiada, klik window > tools untuk munculkan tools bar. ( refer gambar 3 )


GAMBAR 4

4) sekarang akan dimulakan proses memotong/mengasingkan gambar pertama daripada background nya.
terdapat banyak cara/tools yang boleh digunakan, tapi saya pilih pen tool kerana ia mudah & tidak banyak masalah.

5) pilih ikon pen tool di tools bar.
untuk membesarkan ( zoom in ) gambar, tekan & hold butang "CTRL" dan "+" di keyboard. tekan & hold butang "CTRL" dan "-" untuk zoom out.
gunakan "navigator" untuk memandu/mengarah anda ke arah bahagian gambar yg anda mahukan. dalam proses edit gambar ini, anda perlu banyak bermain dengan zoom in & zoom out serta navigator untuk memudahkan kerja anda.

6) klik di permulaan titik di mana anda ingin mulakan. seterusnya klik di sepanjang garisan muka supaya menjadi garisan yang mengikut bentuk muka.
lagi banyak titik, lagi elok. lihat gambar di bawah. garisan lawa terhasil apabila banyak titik serta mengikut bentuk muka dengan tepat.
manakala garisan yg xlawa adalah sebaliknya. ( refer gambar 4 )


GAMBAR 5
7) teruskan menitik (membuat titik..haha) & membuat garisan di sepanjang bentuk objek sehinggalah sampai ke titik yang pertama. klik di titik yg pertama untuk menutup bahagian yg dipilih.
sekarang bahagian yang ingin dipotong telah dipilih sepenuhnya. (refer gambar 5 )


GAMBAR 6

GAMBAR 7

8) sekarang right klik di bahagian tersebut, pilih "make seclection" dan tekan "ok". garisan putus-putus akan muncul. ( refer gambar 6 & 7 )


GAMBAR 8

9) seterusnya tekan & hold butang "CTRL" dan "C" di keyboard untuk copy. cara lain, pilih "edit"  > "copy" di menu toolbar.

10) klik di tab gambar kedua. sila rujuk gambar yg paling atas sekali. (refer gambar 1 )

11) di gambar kedua ( gambar background), tekan & hold butang "CTRL" dan "v" di keyboard untuk paste. cara lain, pilih "edit" > "paste" di menu toolbar.
 sekarang gambar yg telah dipotong tadi akan muncul di gambar kedua (gambar background ).

12) untuk transform gambar pertama ke saiz yg dikehendaki,  tekan & hold butang "CTRL" dan "T" di keyboard.  kemudian, adjust kepada saiz yg sesuai. ( refer gambar 8 )


GAMBAR 9

13)  anda bleh juga rotate/flip gambar tersebut dengan right klik di gambar &; pilih rotate/flip.


GAMBAR 10

14) selepas siap adjust, tekan "enter". drag & letakkan gambar tersebut di tempat yg di kehendaki.


GAMBAR 11

15) di menu, pilih "layer" > "flatten image". (refer gambar 11)
sekarang kedua-dua gambar telah di merge/gabungkan.


GAMBAR 12

16) last step, di menu, pilih "save as". pastikan anda tulis nama lain bagi gambar anda supaya tidak ter overwrite file gambar background yg asal.
 then, selec klik "ok". (refer gambar 12 )


SIAAAP!!

GAMBAR 13

terdapat banyak cara untuk meningkatkan lagi mutu gambar yg diedit. namun tidak sempat diajar di sini. jadi kena pandai2lah explore and discover sendiri.
tanya je pakcik google. dia sedia membantu. hehe.. selamat mencoba!!

2011-02-08

SIX OR TWELVE ??

BERAMBAT TOKKONG ( spesis permainan kejar-kejar @ polis sentri )

ni permainan yang aku selalu main main masa kecik2 dulu.. aku menulis berdasarkan pengalaman aku masa kt kampung di kelantan.. mungkin negeri lain ada persamaan & perbezaannya yg tersendiri..


untuk memilih siapa yg perlu jadi polis & pencuri2, pemain perlu menyanyikan sebuah lagu yg tertentu..

"polis sentri, want to jaga, polis mati, pencuri jaga"
-aku rasa kt mana2 pun org tahu lagu ni..

tapi di kelantan, ada lagunya yg tersendiri...

" wano keto, wano keti, cik semey sedadu "
-ni lagu untuk memilih sapa yg perlu jadi polis..

" cak cilok naik-naik, kucing lopat curi "
-yg ni lagu untuk memilih sapa yg perlu jadi pencuri...




ada banyak jenis permainan kejar2 ni sebenarnya.. berambat tokkong salah satu daripadanya..
"berambat" @ beghambak bermaksud mengejar, manakala tokkong adalah patung.. ia ni dinamakan berambat tokkong kerana dalam permainan ni, pemain yg bergelar "polis" akan mengejar "pencuri" hingga dapat.. polis hanya perlu menyentuh badan si pencuri utk "melumpuhkan" pencuri tersebut..pencuri yg telah ditangkap perlu berhenti bergerak & mengeraskan diri bagai patung.. si polis perlu menangkap semua pencuri utk memenangi permainan ini & pencuri yg plg awal ditangkap bertukar menjadi polis utk pusingan seterusnya...

pencuri yg telah jadi patung boleh disembuhkan kembali dengan cara ; salah seorang pencuri yg masih belum ditangkap perlu merangkak ke bawah kelangkang patung tersebut.. haha.. pelik kan? lepas 2 barulah si patung itu boleh bergerak & melarikan diri kembali..




ada satu perkara lucu yg aku masih ingat sampai arini.. masa aku main permainan ni dengan sepupu2 & jiran2 aku..aku ingin menyelamatkan jiran aku yg telah jadi patung.. dalam kekalutan takut ditangkap polis, aku merangkak bawah kelangkang jiran aku 2 dari belakang & dalam masa yg sama jgak, sepupu aku merangkak masuk dari arah depan..ape lagi , GEDEBUK!! kepala kitorang berlaga !! sakit gilbab !! bengkak kepala aku masa 2..haha

2011-02-07

DESPERATE

adik aku yg lukis

Dad, i got 100 !!

TUDUNG GIRL


suka sangat lukis kartun pompuan.. haha.. ni aku tiru rupa katun kartunis aie.. aku tambah tudung.. lagi lawa kot.. aku xpro sangat bab2 nak kaler ni.. kena blaja lagi..

Genius G-Pen F509 Ultra Slim Tablet

buah hati pengarang jantungku


harga RM 280. amat berbaloi untuk beginner macam aku.. working area 5.25; x 8.75 .. yang lagi murah ada, tapi of course working areanya lagi kecik & pressure sensitivity nya lagi kureng..  aku nak beli brand WACOM ,tapi xberkemampuan la plak.. dengan harga rm280 ni, leh dapat yg 3x5 je.. kecik gile... tkut xpuas ati plak.. so, G-PEN F509 ni jugak la aku angkut..

BLOG YANG DAH BERKARAT

dah lama sebenarnya aku create blog ni.. may 2007 ..haha.. tapi sekarang baru rasa RAJIN nak update..
aku create blog ni dulu coz nak letak hasil kerja tangan aku.. tapi dulu duk main lukis atas kertas je, pas2 kena scan, bru upload, malas bangat la.. skarang aku da beli drawing tablet GENIUS , G-PEN F509.. senang skit keje..

~ ~ ~  SELAMAT DATANG KE WAKAF BUDAK BENDANG  ~ ~ ~

aku letak nama "WAKAF BUDAK BENDANG" ni kerana aku dk kt Kg. Bendang Luas, Tumpat..
Belakang rumah aku ada bendang padi.. pastu dulu ada sebuah wakaf@pondok kecil kat bendang tu.. situlah tempat aku lepak ngan kawan2 sekampung... penah jugak jadi tempat aku stadi masa upsr thun 1998.. best duk kt wakaf tu.. angin sepoi-sepoi bahasa... tidur kat situ pun best gak.. tapi sekarang dah tahun 2011.. wakaf tu dah xde.. sekarang, blog ni lah jadi wakaf aku.. hehe.. tempat aku singgah untuk aku terjemahkan benda-benda yang ada dalam kepala otak aku ni..