2011-02-08

BERAMBAT TOKKONG ( spesis permainan kejar-kejar @ polis sentri )

ni permainan yang aku selalu main main masa kecik2 dulu.. aku menulis berdasarkan pengalaman aku masa kt kampung di kelantan.. mungkin negeri lain ada persamaan & perbezaannya yg tersendiri..


untuk memilih siapa yg perlu jadi polis & pencuri2, pemain perlu menyanyikan sebuah lagu yg tertentu..

"polis sentri, want to jaga, polis mati, pencuri jaga"
-aku rasa kt mana2 pun org tahu lagu ni..

tapi di kelantan, ada lagunya yg tersendiri...

" wano keto, wano keti, cik semey sedadu "
-ni lagu untuk memilih sapa yg perlu jadi polis..

" cak cilok naik-naik, kucing lopat curi "
-yg ni lagu untuk memilih sapa yg perlu jadi pencuri...




ada banyak jenis permainan kejar2 ni sebenarnya.. berambat tokkong salah satu daripadanya..
"berambat" @ beghambak bermaksud mengejar, manakala tokkong adalah patung.. ia ni dinamakan berambat tokkong kerana dalam permainan ni, pemain yg bergelar "polis" akan mengejar "pencuri" hingga dapat.. polis hanya perlu menyentuh badan si pencuri utk "melumpuhkan" pencuri tersebut..pencuri yg telah ditangkap perlu berhenti bergerak & mengeraskan diri bagai patung.. si polis perlu menangkap semua pencuri utk memenangi permainan ini & pencuri yg plg awal ditangkap bertukar menjadi polis utk pusingan seterusnya...

pencuri yg telah jadi patung boleh disembuhkan kembali dengan cara ; salah seorang pencuri yg masih belum ditangkap perlu merangkak ke bawah kelangkang patung tersebut.. haha.. pelik kan? lepas 2 barulah si patung itu boleh bergerak & melarikan diri kembali..




ada satu perkara lucu yg aku masih ingat sampai arini.. masa aku main permainan ni dengan sepupu2 & jiran2 aku..aku ingin menyelamatkan jiran aku yg telah jadi patung.. dalam kekalutan takut ditangkap polis, aku merangkak bawah kelangkang jiran aku 2 dari belakang & dalam masa yg sama jgak, sepupu aku merangkak masuk dari arah depan..ape lagi , GEDEBUK!! kepala kitorang berlaga !! sakit gilbab !! bengkak kepala aku masa 2..haha

4 comments:

Anonymous said...

eh, bkn demo suko main teng nusuk ko?? kikikiii... (budok UPM)

Budak Bendang said...

suko jgok la.. nati ado la post psal segalo pmainan masa kecik3 mulo.. (budok uia yg xpernah kecik)

Anonymous said...

bir... request kartun sek2 3A hok jame loni.... heheheee

Budak Bendang said...

bagus gk 2, akan diusahakan.. hehe

Post a Comment